Dahulu mereka merupakan 'petugas barisan hadapan' yang membantu melonjakkan industri pelancongan tempatan dengan membawa pengunjung termasuk dari luar negara, ke tempat-tempat menarik di negara ini, namun sejak Disember lalu, nasib mereka mula berubah.
Wabak COVID-19 menutup serapat-rapatnya periuk nasi industri ini ditambah pula menghadapi tekanan hebat daripada syarikat kredit untuk membayar pinjaman kenderaan itu.